top of page

Penerapan nilai H.E.M.A.T untuk penambahbaikan perkhidmatan awam

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 26, 2024
  • 1 min read


26 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata penerapan nilai H.E.M.A.T di dalam kalangan penjawat awam merupakan langkah penambahbaikan dalam perkhidmatan awam.

 

Jelas Beliau, H.E.M.A.T yang bermaksud Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran, diharap dapat membantu penjawat awam menjalankan tugas dengan lebih cermat dan teliti.

 

Nilai ini diharapkan dapat menjadi panduan dan pegangan bagi penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih efisien dan berkesan.

 

"Sekiranya H.E.M.A.T dilaksanakan, insya-Allah pemasalahan yang dihadapi rakyat, kita akan dapat tangani dengan sebaik mungkin dan nilai ini lama kelamaan menjadi satu budaya dalam perkhidmatan awam," katanya.

 

Menurut Wan Ahmad Dahlan, pelaksanaan nilai H.E.M.A.T adalah penting untuk memastikan tiada lagi rungutan dan tohmahan daripada rakyat mengenai ketidakpuasan terhadap perkhidmatan awam.

 

"Kita cuba mengelak daripada berlakunya rungutan dan juga tohmahan daripada rakyat bahawa penjawat awam ini tidak melaksanakan tugas dengan baik, tidak menyelami kehendak rakyat, tidak menyelami denyut nadi rakyat dan sebagainya ...dan saya cuba bawa nilai ini untuk menjadi satu budaya baharu dalam perkhidmatan awam," tambahnya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.

 

Nilai H.E.M.A.T juga sejajar dengan dasar Malaysia MADANI yang sentiasa mendengar dan memahami permasalahan rakyat, serta mengutamakan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page