Penganjuran bola sepak bawah 18 tahun, tonjol bakat belia Sabah: Kim SweePenganjuran bola sepak bawah 18 tahun, tonjol bakat belia Sabah: Kim Swee
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Penganjuran bola sepak bawah 18 tahun, tonjol bakat belia Sabah: Kim Swee


Azman memberi penerangan kepada Kim Swee, turut kelihatan Lokman.

12 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Kejohanan bola sepak remaja anjuran pelbagai pihak akan memudahkan usaha membentuk skuad Piala Belia musim depan, kata Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.


Bekas jurulatih skuad kebangsaan B23 negara itu, menyifatkan penganjuran Kejohanan bolasepak Piala Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (Piala BMR) bawah 18 tahun berupaya mengenal pasti pemain-pemain muda berbakat yang boleh diserapkan dalam skuad Piala Belia.


“Ini satu usaha baik yang dilakukan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) kerana dapat menggilap bakat para pemain muda di negeri ini.


"Sudah tentu penganjuran kejohanan ini sangat baik dan ia tidak dilakukan di negeri-negeri lain," katanya selepas taklimat ringkas mengenai kejohanan itu, di Pejabat SAFA, kelmarin.


Taklimat ringkas disampaikan Penolong Setiausaha Agung dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Azman Mastar.


Azman memberi taklimat ringkas kepada Kim Swee bagi membolehkannya membantu panel jurulatih pemilih melakukan tugasan apabila grand final kejohanan diadakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.


Grand final itu membabitkan lapan pasukan zon yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan.


Kim Swee berkata, pihaknya akan memberi kerjasama kepada panel jurulatih pemilih yang diketuai Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat untuk membolehkan SAFA memanfaatkan hasil kejohanan itu.


Azman berkata, selepas kejohanan Piala BMR, SAFA juga akan menganjurkan kejohanan lain termasuk Kejohanan Piala Ketua Menteri yang akan dikenali sebagai "Piala Sabah".


"Biasanya sebelum ini ia dinamakan Piala Ketua Menteri namun kita akan buat perubahan sedikit dengan menamakan Piala Sabah namun ia akan tetap merebut piala yang disumbangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor,” katanya.


Turut hadir dalam taklimat ringkas itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Lokman Sunggim.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page