Pengedar Dadah Ditahan Bersama Pil Ketamin dan Ekstasi Bernilai Ram18,000
- nabalunews
- Jul 1
- 1 min read

1 Julai 2025
LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing ditahan bersama ratusan pil ekstasi dan ketamin dalam operasi serbuan di Kampung Pisang, Jalan Bakawali, di sini, semalam.
Lelaki berusia 30 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan kira-kira jam 10.30 malam, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, hasil pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada rampasan dadah disyaki jenis ketamin dan pil ekstasi bernilai hampir RM18,000.

“Antara yang dirampas iaitu 13.12 gram ketamin bernilai RM2,624 dan 89.63 gram pil ekstasi dianggarkan bernilai RM14,900.
“Turut dirampas, wang tunai RM537 serta satu unit telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A(1), Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman berat termasuk hukuman mati mandatori bagi sabitan kesalahan mengedar dadah berbahaya,” katanya.


















Comments