Pengguna jalan diingat sentiasa berhati-hati balik kampung musim perayaan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pengguna jalan diingat sentiasa berhati-hati balik kampung musim perayaan


27 April 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu balik kampung semasa hari perayaan. Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah David Chan berkata, perjalanan yang tenang penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tidak diingini berlaku. "Saya berharap semua pemandu bersabar ketika memandu dan seterusnya dapat berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing dengan selamat. "Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sekiranya aspek keselamatan diabaikan. Jangan terjejar-kejar ketika memandu kerana boleh mengundang bahaya," katanya. David turut mengingatkan para pengusaha pengangkutan awam seperti bas supaya memperkemas perkhidmatan bas mereka dan mengikut piawaian kerajaan. "Saya berharap Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dapat membuat pemeriksaan rutin bagi memastikan pengusaha bas mematuhi keperluan keselamatan standard dengan menjalankan ujian nafas rawak untuk alkohol. "Pastikan pemandu tidak terpengaruh dengan dadah dan alkohol untuk mengelak kemalangan maut," katanya.

bottom of page