top of page

Pengguna jalan Nabawan - Keningau minta kontraktor bersihkan permukaan aspal berlumpur

nabalunews

Beginilah keadaan jalan aspal yang berlumpur yang perlu dibersihkan oleh kontraktor.
Beginilah keadaan jalan aspal yang berlumpur yang perlu dibersihkan oleh kontraktor.

1 Februari 2025


Oleh: Wartawan Nabalu News


KENINGAU: Para pengguna Jalan Nabawan - Keningau menggesa agar kontraktor pembinaan Jalan Tiulon - Simbuan, Sook, membersihkan jalan aspal yang kini disaluti lumpur tebal setiap kali cuaca hujan.


Jalan raya aspal sepanjang 500 meter berhampiran Kampung Susulat Sook, di sini, dipenuhi lumpur tebal sehingga menyebabkan permukaan jalan licin setiap kali musim hujan.


Lumpur berkenaan dipercayai disebabkan oleh kenderaan pembinaan keluar dari jalan Tiuolon - Simbuan yang kini sedang dalam proses naiktaraf.

Kelihatan kenderaan yang terbabas akibat jalan licin
Kelihatan kenderaan yang terbabas akibat jalan licin

Seorang pengguna jalan, Edward Kandok berkata, keadaan itu berbahaya kepada kenderaan yang melalui jalan berkenaan.


Katanya, ia dikhuatiri boleh menyebabkan kenderaan tergelincir atau terbabas sehingga berlaku kemalangan.


''Ini bukan cakap kosong malah ia sudah berlaku pagi Sabtu lalu apabila sebuah kenderaan tergelincir sehingga terbabas dibahu jalan akibat lumpur tebal.


“Pihak kontraktor sepatutnya mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini,” katanya.


Edward berkata, sekiranya keadaan permukaan jalan berlumpur itu dibiarkan berterusan, ia boleh mengundang lebih banyak perkara buruk.


"Kita bukan menolak pembangunan tetapi keselamatan pengguna jalan raya perlu juga diambil perhatian.


“Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku gara-gara lumpur tebal di atas permukaan jalan raya" katanya.


Menurut Edward, ia tidak hanya tertumpu kepada masalah lumpur kerana sekiranya cuaca panas, jalan ini akan berhabuk dan dikhuatiri boleh mengancam kesihatan penduduk sekitar.


"Oleh itu kita minta pihak kontraktor mengambil langkah sepatutnya bagi mengatasi masalah ini sepanjang pembinaan jalan Tiuolon - Simbuan itu" katanya.


Tinjauan juga mendapati ramai pengguna yang merungut kerana terpaksa berbelanja lebih kerap untuk membersihkan kenderaan mereka yang terpalit lumpur setiap kali melalui jalan berkenaan.

ความคิดเห็น


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page