Pengguna perlu bijak kenal pasti peniaga sah sebelum beli online
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pengguna perlu bijak kenal pasti peniaga sah sebelum beli online


6 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pengguna perlu bijak mengenal pasti peniaga yang sah dan diyakini menerusi platform online sebelum memuktamadkan sebarang pembelian.


Ini kerana semakin banyak kejadian penipuan jual beli online berlaku seiring dengan ramai pengguna yang obsess membeli barangan menerusi platform online.


“Pembelian depan mata pun ramai yang tertipu, inikan pula online, kedai pun tak ada.


“Segelintir pengguna membeli menggunakan platform online, mereka (pengguna) perlu lebih berhati-hati dan berani menggunakan hak pengguna sekiranya tertipu,” kata Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan.


David berkata, antara penipuan jual beli online yang sering berlaku termasuk kualiti produk yang tidak sama seperti diiklankan, selain pengguna tidak menerima barangan dijanjikan selepas selesai proses transaksi wang.


“Budaya seperti ini yang kita risaukan. Asalkan tidak ditangkap, kita lihat makin ramai yang berani menipu,” katanya.


Katanya lagi, ada juga peniaga yang dilaporkan mula menipu selepas memperoleh keyakinan para pelanggan mereka sebelum ini.


“Jadi, kita harus mengamalkan etika dan integriti yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi menghindari kejadian sebegini,” ujarnya.


Menurut David pengguna juga dinasihatkan agar memanfaatkan hak masing-masing jika diperdaya peniaga online termasuk mendesak pemulangan bayaran semula (refund) atau merujuk kes kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page