Pengiran Lalung kekal jawatan Ketua Bahagian UPKO Sipitang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pengiran Lalung kekal jawatan Ketua Bahagian UPKO Sipitang


Pengiran (dua kanan), Ketua Pemuda Jeslezra Taba (dua kiri), Ketua Wanita Adang @ Ida Sulaiman (kiri), Ewon (tengah), Donald (tiga kanan), Gilbert (tiga kiri)

18 Jun 2022 Oleh Wartawan Nabalu News SIPITANG: Datuk Pengiran Lalung menang tanpa tanding seterusnya mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Sipitang bagi sesi 2022-2025. Turut diumumkan menang tanpa tanding ketua tiga sayap parti iaitu Jeslezra Taba (Ketua Pemuda), Adang @ Ida Sulaiman (Ketua Wanita) dan Bobby Liau Jian Siong (Ketua Generasi Muda). Barisan ahli jawatankuasa yang lain bagi ketiga-tiga sayap UPKO Bahagian Sipitang juga turut dikekalkan bagi sesi 2022/2025.

Pengiran ketika berucap

Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Sipitang yang diadakan di Dewan Kebudayaan Lundayeh Sipitang dirasmikan oleh Naib Presiden UPKO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick. Turut hadir Naib Presiden UPKO Datuk Donald Peter Mojuntin dan Naib Presiden UPKO Datuk Gilbert Sham. Ketika berucap pada majlis itu Pengiran berkata, walaupun jumlah keahlian UPKO Sipitang dilihat ‘sedikit’ namun semangat kesemua ahli itu yang luar biasa membuatkan parti itu kekal releven dan terus kukuh.

“Tahniah kepada semua barisan kepimpnan baharu yang dipilih bagi penggal seterusnya. Saya berharap kita dapat bekerjasama diantara satu sama lain bagi mencapai matlamat parti,” katanya. Pengiran berkata, UPKO Sipitang mempunyai empat reaolusi antaranya dari segi keahlian parti, pembaharuan kepimpinan parti, pemilihan calon pilihan raya atau perkongsian kuasa akan datang haruslah mengambil pandangan atau suara penimpin akar umbi parti.

bottom of page