Pengukuhan Perjuangan Gum-Gum: Mantan PPM Sertai UPKO
- nabalunews
- 29 minutes ago
- 2 min read

27 November 2025
SANDAKAN: Gerakan politik di kawasan Gum-Gum terus menunjukkan perkembangan positif apabila tokoh masyarakat tempatan, Jasni Badali, mantan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Gum-Gum, mengumumkan penyertaannya secara rasmi ke Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Jasni yang sebelum ini bersama Parti Warisan, Sabah (Warisan) berkata, keputusan itu dibuat dengan penuh keikhlasan dan keyakinan terhadap prinsip “Sabah First” yang dibawa oleh Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick.
Katanya, hala tuju perjuangan UPKO dilihat semakin jelas dan meyakinkan, khususnya dalam usaha memperkukuh pembangunan masyarakat Gum-Gum.
“Saya yakin perjuangan UPKO adalah perjuangan rakyat Gum-Gum. Ini diperteguhkan melalui kewibawaan calon UPKO, Dr. Peter Jr Naintin yang dekat di hati rakyat dan konsisten memperjuangkan hak serta masa depan Sabah dan Gum-Gum.
“Penyertaan ke dalam UPKO dibuat tanpa syarat dan atas kerelaan sendiri demi memastikan masa depan kawasan itu lebih terjamin dan bermaruah.
“Berdasarkan tanggungjawab bersama, saya dengan penuh komitmen menyeru ahli keluarga serta rakan-rakan di Gum-Gum untuk memberikan sokongan padu kepada Dr. Peter. Inilah masanya kita bersatu di bawah satu panji perjuangan yang jelas demi kemajuan Gum-Gum,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, menerusi perkembangan itu, UPKO dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya di Gum-Gum menjelang hari pengundi minggu ini.
“Sokongan terhadap Dr. Peter Jr Naintin dan UPKO dijangka terus meningkat sejajar dengan penyertaan lebih ramai tokoh masyarakat tempatan ke dalam parti ini,” katanya.
Sementara itu, Dr Peter berkata, dengan penyertaan seorang mantan PPM seperti Jasni, ia dilihat sebagai isyarat sokongan dan kepercayaan mendalam masyarakat setempat terhadap halatuju UPKO di kawasan itu.
Katanya, beliau bukanlah baharu baharu dalam kalangan penduduk Gum-Gum dan sentiasa dikenali sebagai pemimpin yang memahami keperluan setempat dan konsisten memperjuangkan isu-isu rakyat.
“Begitu juga dengan Pendekatan UPKO yang menekankan kepentingan Sabah, pembangunan seimbang serta perlindungan hak rakyat dianggap selari dengan aspirasi masyarakat Gum-Gum,” katanya.
Sementara itu, UPKO dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya di Gum-Gum menjelang pilihan raya akan datang.
Sokongan terhadap Dr. Peter Jr Naintin dan UPKO dijangka terus meningkat sejajar dengan penyertaan tokoh masyarakat tempatan ke dalam parti itu.














