top of page

Pengurusan Mampan Mampu Jana Pendapatan Komuniti Tagal : Bernedeth

  • nabalunews
  • 3 days ago
  • 2 min read

Bernedeth menyerahkan dokumen pembaharuan MOU kepada Pengerusi Tagal Kampung Nakuyung Tackly Juanis.
Bernedeth menyerahkan dokumen pembaharuan MOU kepada Pengerusi Tagal Kampung Nakuyung Tackly Juanis.

8 Ogos 2025


NABAWAN: Sistem Tagal yang diurus dengan lebih mampan dan dijadikan sebagai eko pelancongan mampu menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi Komuniti Tagal.


Ketua Unit Tagal Jabatan Perikanan Negeri Sabah, Bernedeth Joseph berkata, Tagal mampu menjaga kelestarian alam dan menjaga habitat sungai seperti ikan palian serta pelbagai spesis ikan lain.


Selain itu katanya, ia juga mampu memberi pulangan pendapatan kepada komuniti sesuatu Tagal.

Bernedeth (tengah) semasa melepaskan anak ikan di Tagal Kampung Salarom Baru.
Bernedeth (tengah) semasa melepaskan anak ikan di Tagal Kampung Salarom Baru.

"Selain itu ia menjadi tarikan kepada pelancong dari luar dan dalam negara" katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dokumen Pembaharuan Memorandum Persefahaman Tagal (MOU) di antara Jabatan Perikanan Sabah & Tagal Kampung Nakuyung dan Kampung Salarom Baru, Nabawan mini dewan Kampung Salarom Baru, di sini, pada Khamis.


MOU Tagal Kampung Nakuyung dan Kampung Salarom Baru telah ditandatangani pada 28 Februari 2017 dan MOU tamat dalam tempoh lima tahun.

Bernedeth (duduk keempat dari kanan) bersama rombongan merakamkan gambar kenangan dengan komuniti Tagal Kampung Salarom Baru dan Kampung Nakuyung
Bernedeth (duduk keempat dari kanan) bersama rombongan merakamkan gambar kenangan dengan komuniti Tagal Kampung Salarom Baru dan Kampung Nakuyung

Walaupun bagaimanapun Bernedeth berkata, dokumen pembaharuan MOU lewat diadakan disebabkan pendamik Covid 19 yang mengambil masa lebih kurang tiga tahun.


"Kita bersyukur kerana pada tahun ini kita dapat laksanakan pembaharuan MOU bagi Tagal Kampung Nakuyung dan Kampung Salarom Baru" katanya.


Beliau berharap melalui pembaharuan MOU ini Tagal Salarom Baru dan Nakuyung terus komited menjaga dan memelihara sungai serta pelbagai spesis ikan yang yang terdapat di sungai Mosopoh.


"Harapan kita kedua-dua Tagal ini lebih maju dan menjadi eko pelancongan pada masa akan datang" tambahnya.


Jelasnya, seperti Pejabat Perikanan Daerah Ranau yang kini berjaya mengwujudkan lebih 100 Tagal dan ada diantaranya yang sudah menjadi eko pelancongan dan menjana pendapatan komuniti Tagal di sana.


"Tagal Kampung Salarom Baru dan Kampung Nakuyung juga pada suatu hari nanti akan menjadi seperti itu" katanya.


Pada masa sama Bernedeth memaklumkan bahawa pada masa ini daerah Nabawan mempunyai 16 Tagal termasuk di Pagalungan dan satu daripadanya diwujudkan sebagai eko pelancongan iaitu Tagal Sosogoh yang mula menerima kunjungan pelancong dari luar.


Dokumen pembaharuan MOU Tagal Kampung Salarom Baru dan Kampung Nakuyung masing-masing diterima oleh Tindih Ansiong dan Tackly Juanis.


Bernedeth turut merakamkan setinggi penghargaan kepada JawatankuasaTagal Nakuyung dan Salarom Baru serta semua komuniti atas usaha gigih dalam menjaga dan memelihara sungai sepanjang tempoh yang lepas.


Katanya, Jawatankuasa Tagal yang telah menandatangani MOU layak menerima bantuan-bantuan seperti pondok, tandas lampu solar, baja dan peralatan-peralatan yang berkaitan.


Bernedeth dalam ucapannya merakamkan setinggi penghargaan kepada Pejabat Perikanan Daerah Ranau yang menjadi urusetia pelepasan benih (anak) ikan di mana-mana Tagal yang diwujudkan di kawasan Pedalaman.


Terdahulu Bernedeth melepaskan anak ikan di Tagal Kampung Nakuyung dan Tagal Kampung Salarom Baru kedua-duanya di sungai Mosopoh.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page