SUPOL Wakili Datuk Ewon Hadir Sambutan Pesta Kaamatan Paroki St Edmund
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd
24 Jun 2026
KOTA BELUD: Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Carlye Lajimin, hadir mewakili Datuk Ewon Benedick ke Sambutan Pesta Kaamatan Paroki St Edmund yang berlangsung meriah di Gereja RC St William Purak Ogis, di sini, baru-baru ini.
Kehadiran beliau disambut mesra oleh para penganjur, pemimpin gereja serta komuniti setempat yang turut memeriahkan sambutan tahunan tersebut.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran penasihat merangkap perasmi acara, Rev. Fr. Isidore Gilbert, bersama Rev. Fr. Mexmilliano B.R. Hontor.
Dalam ucapan perasmian, pihak gereja menekankan kepentingan semangat perpaduan, sikap saling menghormati serta penghayatan nilai kesyukuran yang menjadi teras sambutan Kaamatan dalam kalangan masyarakat setempat.

Pengerusi penganjur, Alexius Sagun, berkata sambutan berkenaan berjaya menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan dalam suasana harmoni dan penuh muhibah. Beliau dibantu oleh Timbalan Pengerusi, Yutis Sudangka; Setiausaha, Josepha Z. Lipon; serta Timbalan Setiausaha, Raita Sagun, bagi memastikan kelancaran perjalanan program sepanjang majlis berlangsung.
Sementara itu, Carlye Lajimin dalam ucapannya menyampaikan salam serta penghargaan daripada Datuk Ewon Benedick kepada seluruh komuniti Paroki St Edmund atas usaha berterusan memelihara adat dan budaya serta menyemarakkan semangat kekitaan melalui sambutan Kaamatan.

Beliau turut berharap agar program seumpama ini terus menjadi platform untuk mengeratkan perpaduan masyarakat, di samping memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat di kawasan Kadamaian.















Comments