Pengusaha gerai hargai sokongan Ewon realisasikan Tamu Desa Kabatang Baru
- nabalunews
- 4 days ago
- 1 min read

7 Julai 2026
TULID: Pengusaha gerai di Kampung Kabatang Baru merakamkan penghargaan kepada Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick atas sokongan beliau sehingga pembinaan Tamu Desa Kampung Kabatang Baru dapat direalisasikan, sekali gus memberi manfaat kepada peniaga dan penduduk setempat.
Pengerusi Penggerai Pisompuruon Kampung Kabatang Baru, Didacus Ujil berkata, tamu desa yang beroperasi setiap hari Selasa itu menjadi lokasi penduduk sekitar menjalankan aktiviti jual beli pelbagai hasil pertanian, makanan serta produk tempatan.
Beliau berkata, pembinaan tamu desa berkenaan adalah hasil usaha dan komitmen pelbagai pihak, termasuk Ketua Penyelaras UPKO Tulid, Mohd Khairil Abdullah yang mengemukakan permohonan kepada Datuk Ewon ketika beliau memegang jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
“Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila permohonan ini diluluskan sehingga terbinanya bangunan yang kita nikmati pada hari ini.
“Bagi pihak seluruh pengusaha gerai dan penduduk Kampung Kabatang Baru, kami merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Ewon Benedick atas sokongan dan keprihatinan beliau dalam membantu pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis di Tamu Desa Kampung Kabatang Baru, di sini, hari ini.
Menurut Didacus, kewujudan tamu desa itu bukan sahaja menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada para peniaga, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi penduduk melalui aktiviti perniagaan dan pemasaran hasil tempatan.















Es una gran noticia ver cómo el apoyo a los emprendedores locales rinde frutos, permitiendo que proyectos como el Tamu Desa Kabatang Baru se hagan realidad para impulsar la economía de la comunidad. Este tipo de iniciativas demuestra el impacto positivo de trabajar en equipo por el desarrollo comercial de la región. Cuando me tomo un descanso estratégico tras leer sobre el éxito de estos comerciantes, suelo aprovechar para descargar videos instagram porque es muy rápido y práctico.