top of page

Penilaian Akhir Program Desa Lestari 2025 Peringkat Kebangsaan Dihadiri Pemimpin Masyarakat di Kota Belud

  • nabalunews
  • Apr 17
  • 1 min read


17 April 2025


KOTA BELUD; Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Anichlose Kesimin, bersama Pegawai Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Jolyhame Saran, mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, telah menghadiri majlis penilaian akhir Program Desa Lestari 2025 Peringkat Kebangsaan. Majlis ini diadakan di Tamu Desa Tradisi Pinolobuh, Kampung Pinolobuh, Kota Belud.


Hadir pada majlis tersebut adalah wakil-wakil daripada Lembaga Pelancongan Sabah, Motic, Pejabat Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Kota Belud, serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Sabah Land Development Board (SLDB), dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Program ini bertujuan untuk mempromosikan pembangunan desa yang lestari dan berterusan, serta memberi peluang kepada penduduk setempat untuk meningkatkan taraf hidup mereka melalui pelbagai inisiatif koperasi.



Sambil bersantai bersama rakyat, para pemimpin tempatan turut mendengarkan pembentangan mengenai pelan eko-pelancongan oleh Pengerusi Koperasi KOPINO, Risin Bin Sikin, yang menjelaskan potensi Maranggoi, Kg. Pinolobuh sebagai destinasi pelancongan baru. Koperasi KOPINO dan JKKK Kampung Pinolobuh memainkan peranan penting dalam memajukan kawasan tersebut demi manfaat ekonomi komuniti setempat.



Program Desa Lestari 2025 ini memberi tumpuan kepada pembangunan berterusan dan inklusif yang melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat tempatan, serta menunjukkan komitmen kerajaan dalam memajukan kawasan luar bandar di Sabah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page