Peningkatan kes Covid-19 semasa musim perayaan sudah dijangka - Masidi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Peningkatan kes Covid-19 semasa musim perayaan sudah dijangka - Masidi


26 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Peningkatan kes harian Covid-19 di Sabah sudah dijangka dan kekal tinggi semasa musim perayaan sepanjang bulan Mei.


Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun, berkata jumlah kes harian di Sabah pada hari kini meningkat kepada 75 kes, iaitu peningkatan sebanyak sembilan kes berbanding semalam.


“Sebanyak 11 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu berbanding lapan (8) daerah yang merekodkan penurunan.


“Kecuali Papar (+5) kes dan Sandakan (-7) kes, pergerakan turun naik kes harian secara keseluruhan adalah pada skala yang kecil.


“Tidak ada jangkitan baharu direkodkan di 13 daerah sepanjang 24 jam yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.


Masidi berkata, sebanyak 71 daripada 75 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua (2) kes dalam Kategori 3 dan masing-masing satu (1) kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5.


Sementara itu, bilangan pesakit yang sembuh pada hari ini ialah 88 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 364,894 orang.


“Manakala 185 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 184 orang di hospital dan satu (1) orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah dua (2) orang di ICU/repurposed kritikal care,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page