top of page
  • Wartawan Nabalu News

Peningkatan kes covid di setiap daerah membimbangkan: Masidi



27 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini sebanyak 342 kes, meningkat berbanding semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 246,754 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, jangkitan baharu pada jumlah yang agak tinggi di setiap daerah agak membimbangkan.


“Enam daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang tinggi, iaitu Kota Kinabalu 60 kes (+20), Sandakan 40 kes (+7), Kota Marudu 34 kes (-30), Beaufort 34 kes (+20), Tuaran 33 kes (-7) dan Putatan 24 kes (+16),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, sebanyak 38 kes atau 11.11 peratus adalah angka yang disumbangkan melalui saringan kluster.


“Kesemua kes tersebut datang daripada tujuh kluster aktif, dengan tiga daripadanya adalah merupakan kluster baharu,” katanya.


Beliau berkata, 336 daripada 342 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, manakala dua kes dalam Kategori 3, empat kes dalam Kategori 4 dan tiada kes dilaporkan dalam Kategori 5.


“Seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 162 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP,” katanya.

bottom of page