top of page

Penjara Wanita Sabah perintis program wanita bangkit bersasar, bantu bekas banduan - Nancy

  • nabalunews
  • Aug 20, 2024
  • 2 min read

20 Ogos 2023


KOTA KINABALU: Penjara Wanita Sabah di sini menjadi penjara pertama di negara ini yang melaksanakan Program Wanita Bangkit Bersasar, WBB yang bertujuan membantu bekas banduan wanita menjalani kehidupan lebih baik selepas keluar daripada penjara kelak.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata WBB adalah projek rintis yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara, YKN dan Jabatan Penjara Malaysia.


Beliau berkata sebelum ini pihaknya telah melawat Penjara Wanita Kajang untuk melaksanakan program berkenaan namun penjara itu didapati tidak sesuai, di samping perlu mengambil kira beberapa faktor tertentu.


Katanya melalui program ini, bekas banduan wanita akan dibantu untuk memulakan kehidupan baharu di luar tembok besi seperti bantuan menjalankan perniagaan.


"Kita mengenal pasti beberapa orang yang akan keluar daripada penjara dan kita akan bantu melalui program yang dinamakan wanita bangkit bersasar di mana kita akan bantu untuk membekalkan mereka dengan peralatan untuk mereka menjalankan perniagaan kalau ada ataupun apa juga yang dia nak lakukan dan masa kat Kajang dia belum lagi bersedia walaupun mereka banyak produk.


"Dan di sini, kita melihat kesediaan sudah, kesediaan di penjara Kepayan di Kota Kinabalu, sudah bersedia untuk membenarkan mereka ini apabila mereka keluar boleh melakukan perniagaan sendiri.


"Kita dari Yayasan Kebajikan Negara membantu memberikan peralatan untuk mereka meneruskan kehidupan mereka selepas keluar dari penjara," katanya.


Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perlaksanaan program berkenaan di Anjung WBB YKN Sabah di sini, siang tadi.


Katanya YKN dan Jabatan Penjara Malaysia turut menyediakan anjung itu sebagai tempat bagi banduan wanita untuk menjana pendapatan, menerusi kemahiran yang dipelajari semasa menjalani hukuman.


Katanya bagi projek rintis ini, Anjung WBB YKN Sabah akan beroperasi di Taman Olivia, Kepayan dekat Kota Kinabalu.


Anjung WBB YKN Sabah menempatkan 10 orang penghuni wanita pada satu-satu masa.


Beliau berharap dengan adanya program ini, banduan wanita terbabit dapat dibantu untuk menjana pendapatan apabila dibebaskan kelak serta diintegrasikan ke dalam masyarakat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page