top of page

MAKSIMUM 30 PENJAWAT AWAM NEGERI BERADA DI PEJABAT MULAI ESOK

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 6, 2021
  • 1 min read

Gambar Hiasan

6 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) menetapkan kehadiran kakitangan di organisasi masing-masing hendaklah sekurang- kurangnya 30 peratus di pejabat masing-masing dan 70 peratus bekerja dari rumah.


Masidi berkata, arahan itu berkuatkuasa serta merta.


Beliau berkata, pelaksanaan itu berikutan peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan penjawat awam, di samping kewujudan pelbagai kluster di seluruh daerah.


Mengenai sekatan pergerakan penjawat awam dan swasta secara ulang alik dari Sabah ke Wilayah Persekutuan Labuan beliau berkata, ia tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


“Bagi penjawat awam negeri dan persekutuan serta swasta yang bekerja secara ulang alik dari Sabah ke WP Labuan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP 3.0 berkuatkuasa serta merta.


“Larangan ini adalah bagi mengekang penularan kes COVID-19 yang melibatkan pasangan suami isteri berulang alik dari Sabah ke W.P Labuan yang akhirnya terdapat enam kes positif COVID-19 di Kg. Manggis Kuala Penyu,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page