top of page

Penjawat awam di KL, Putrajaya dan Labuan dapat cuti gantian 2 Februari

  • nabalunews
  • 15 hours ago
  • 1 min read

9 Januari 2026


PUTRAJAYA: Penjawat awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diberikan satu hari cuti gantian pada Isnin, 2 Februari depan.


Ini susulan pertindihan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam yang jatuh serentak pada Ahad, 1 Februari.


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan, penetapan itu selaras dengan Seksyen 2 Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang memperuntukkan sekiranya mana-mana hari kelepasan am jatuh pada hari kelepasan mingguan, maka hari berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.


"Walaupun Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam jatuh pada tarikh yang sama, pegawai perkhidmatan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hanya akan menikmati tundaan hari kelepasan am pada hari berikutnya iaitu 2 Februari.


“Sementara itu, bagi pegawai perkhidmatan awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan, tundaan hari kelepasan am bagi Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari turut ditetapkan pada 2 Februari," kata jabatan itu menerusi satu kenyataan.


Dalam pada itu, JPA menjelaskan penetapan cuti gantian seperti yang dinyatakan dalam siaran media 'Cuti Umum Sempena Perayaan Thaipusam dan Hari Wilayah bagi Pekerja Swasta pada 1 Februari 2026' yang dikeluarkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia pada 31 Disember lalu adalah tidak terpakai kepada penjawat awam.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page