top of page

Penubuhan IJN Sabah kurangkan beban kos, percepat akses rawatan

  • nabalunews
  • Apr 7
  • 2 min read

6 April 2026


KOTA KINABALU: Penubuhan Hospital Institut Jantung Negara (IJN) di Sabah dijangka mengurangkan beban kos perjalanan pesakit serta mempercepatkan akses kepada rawatan kardiovaskular di negeri ini.


Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB), Datuk Jasnih Daya berkata, kemudahan hospital jantung bertaraf tinggi itu juga akan mengurangkan kebergantungan pesakit Sabah terhadap rawatan di luar negeri.


Pada masa ini, katanya, sebahagian besar pesakit jantung dari Sabah masih perlu mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur khususnya di IJN, yang bukan sahaja melibatkan kos rawatan yang tinggi tetapi juga kos perjalanan, penginapan serta perbelanjaan sara hidup bagi pesakit dan ahli keluarga.


“Sehubungan itu, sebuah hospital khusus bagi rawatan penyakit kardiovaskular akan dibina di atas tapak seluas kira-kira 10 ekar di Likas.


“Penubuhan IJN ini sekali gus dapat mengurangkan beban kos perjalanan serta mempercepatkan akses kepada rawatan pakar,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kumpulan Yayasan Sabah melalui ICSB dan IJN, di sini, hari ini.


Menurut Jasnih, penubuhan hospital berkenaan turut menyokong sistem kesihatan sedia ada di Sabah, termasuk perkhidmatan di Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II yang kini berdepan kekangan kapasiti berbanding keperluan semasa.


Dalam pada itu, beliau berkata kerjasama strategik berkenaan turut memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negeri serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.


Pada majlis berkenaan, Jasnih dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar mewakili Kumpulan Yayasan Sabah, manakala IJN diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Prof Datuk Seri Dr Mohammed Ezani Md Taib serta Ketua Pegawai Klinikal, Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya, menandatangani MoU tersebut.


Majlis itu disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.


Selain itu, turut dimeterai adalah MoU antara University College Sabah Foundation (UCSF) dan IJN University College bagi membuka peluang pembangunan tenaga kerja mahir serta profesional dalam bidang kesihatan.

 
 
 

2 Comments


William Shakespeare
William Shakespeare
Aug 17

I appreciate how clearly this information is presented. Readers who manage their own home networks may find router configuration resources particularly useful. Learning about 192.168.3.1 can help users understand local network access, check available settings, and approach common connectivity problems with greater confidence.

Like

lili xie
lili xie
Apr 11

Drift Boss game is an addictive and exciting racing experience where you can show off your drifting skills. It's perfect for anyone who loves challenges and racing games with simple controls and endless fun.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page