top of page

Penumpang Maut Dalam Kemalangan Babitkn Tiga Kenderaan

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 1 min read

25 Jun 2025


LAHAD DATU: Seorang penumpang kereta maut selepas kenderaan dinaiki terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di Taman Warisan Jalan Tengah Nipah, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi, sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah lori 10 tan.


Mangsa, Hayati Samawi, 56, yang menaiki Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.34 petang.


Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Terdapat lima orang mangsa terlibat iaitu seorang penumpang myvi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala pemandu myvi berusia 69 tahun mengalami cedera ringan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

“Manakala tiga orang mangsa yang lain tidak mengalami kecederaan dan selepas memastikan tidak ada bahaya lain yang wujud di lokasi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.20 petang,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page