top of page

Penunggang motosikal maut

  • nabalunews
  • Sep 12
  • 1 min read

ree

12 September 2025


KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut selepas bergesel dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Bypass Tuaran, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 2.22 petang itu, mangsa berusia lingkungan 50-an dikatakan bergerak dari arah Likas menuju ke Inanam.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai cuba membuat pusingan U sebelum menukar lorong dari kiri ke kanan.


Bagaimanapun, katanya, tindakan itu menyebabkan motosikalnya bergesel dengan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki di lorong kanan.


“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mengalami kecederaan parah.


"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 3.46 petang ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Kasim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk pemeriksaan kenderaan, pengesanan rakaman CCTV serta ujian alkohol dan dadah.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sehubungan itu, Kasim menasihati pengguna jalan supaya lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.


Katanya, pengguna jalan juga perlu sentiasa peka dengan keadaan trafik semasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page