top of page

Penunggang Motosikal Maut Akibat Digilis Van

  • nabalunews
  • 51 minutes ago
  • 1 min read

ree

21 Disember 2025


KOTA BELUD: Seorang penunggang motosikal dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Belud - Tuaran, Kampung Pangkalan Abai, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dilaporkan terjatuh ke laluan bertentangan sebelum digilis sebuah van yang terlibat.


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati van terbabit bergerak dari arah Petronas Pangkalan Abai menuju ke Pekan Kota Belud.


“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


"Jenazah mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sehubungan itu, beliau berkata polis Cawangan Trafik IPD Kota Belud memohon mana-mana saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat termasuk rakaman kamera papan pemuka (dash-cam) tampil membantu siasatan dengan hadir ke Pejabat Trafik IPD Kota Belud.


Sehubungan itu, Shahrudin menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dan mematuhi undang-undang jalan raya.


Katanya, pengguna jalan raya juga perlu memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page