Penunggang Motosikal Tumbuk Cermin Kereta Selepas Kemalangan, Selesai Secara Baik
- nabalunews
- Mar 29
- 1 min read

29 Mac 2025
PENAMPANG: Penunggang motosikal dan pemandu Perodua Kenari bersetuju menyelesaikan kes kemalangan secara baik tanpa melibatkan pihak polis.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Sammy Newton, berkata berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku semalam di Jalan Papar-Kota Kinabalu.
Katanya, penunggang motosikal sepatutnya disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Malaysia, yang merupakan kesalahan kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

“Namun, penunggang motosikal dan pemandu telah menyelesaikan perkara ini secara baik.
“Oleh itu, kes ini diselesaikan tanpa penglibatan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, kejadian berkenaan tular di media sosial menyaksikan penunggang motosikal terjatuh selepas terlanggar cermin sisi Perodua Kenari.
Akibat insiden itu, penunggang motosikal yang berang terus memukul cermin di bahagian pemandu kereta berkali-kali.
Commentaires