top of page

Penutupan jalan, tempat letak kereta sempena Hari Kebangsaan

  • nabalunews
  • Aug 25, 2025
  • 1 min read

25 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Beberapa jalan utama dan kawasan tempat letak kereta sekitar bandaraya akan ditutup sementara bermula esok hingga 31 Ogos depan sempena penganjuran Upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2025.


Menurut notis makluman Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), penutupan itu bagi memberi laluan kepada sesi persiapan acara, raptai serta kemuncak sambutan berkenaan.


“Persiapan kawasan acara bermula pada 26 Ogos, manakala sesi raptai akan diadakan pada dari 27 hingga 29 Ogos, sebelum persiapan akhir pada 30 Ogos. Upacara perbarisan akan berlangsung pada 31 Ogos (Ahad).

“Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Tun Fuad Stephens (dari Bulatan SEDCO, Wawasan Plaza hingga lampu isyarat Centre Point Sabah), Jalan Utama Sutera Harbour (bahagian kiri keluar ke Jalan Coastal), Jalan Coastal serta Jalan Mentari (lorong sebelah kanan),” menurut notis makluman itu.


Selain itu, beberapa kawasan tempat letak kereta turut ditutup termasuk parkir bertingkat KK Sentral, A Square, serta Stesen Perhentian Bas Zon Selatan, Jalan Tun Fuad Stephens.


Penutupan akan dilaksanakan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan, dari pukul 5 pagi hingga 1 tengah hari pada 26 hingga 29 Ogos, manakala pada 30 Ogos penutupan bermula 10 malam hingga 1 tengah hari keesokan harinya (31 Ogos).

Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa serta menggunakan jalan alternatif bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan awam.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page