top of page

Penutupan Pintu Pagar Balai Polis: Perkhidmatan PDRM tetap berjalan seperti biasa - Saifuddin

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 10, 2024
  • 1 min read

 



10 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

KUALA LUMPUR: Penutupan pintu pagar balai polis pada pukul 10 malam tidak akan menjejaskan proses penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

 

Beliau menjelaskan bahawa langkah tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi balai polis yang berada dalam kategori berisiko terhadap ancaman.

 

Jelas beliau, penutupan pintu pagar ini bukan bermaksud balai polis tutup sepenuhnya, tetapi sebagai langkah ⁠kawalan. Manakala laporan polis yang ingin dibuat oleh masyarakat masih terbuka dan tiada halangan.

 

Saifuddin mengkritik sesetengah pihak yang telah menyalahtafsirkan kenyataan mengenai penutupan pintu pagar balai polis ini.

 

Beliau menegaskan bahawa ia adalah tanggungjawab utama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal keselamatan dan ketenteraman awam.

 

Langkah penutupan pintu pagar balai polis ini diambil ekoran insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada 17 Mei lalu, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis.

 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page