Penyertaan Kumpulan Penari Belia St. Joseph Pogunon ke Pertandingan Tarian Karnival 3K USHWANE dapat sokongan

5 Disember 2024
PENAMPANG: Penyertaan Kumpulan Penari Komiti Belia Pelaksana St. Joseph Pogunon ke Pertandingan Berkumpulan Tarian Kreatif Kebudayaan Etnik Sabah di Karnival 3K Persatuan Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar Sabah (USHWANE) 2024 di Buhavan Square pada 8 Disember ini mendapat sokongan Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick yang menyampaikan sumbangan bagi memastikan kelancaran persiapan kumpulan penari berkenaan.
Sumbangan daripada Ewon disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang Alvin Lee kepada Pengerusi Kumpulan Penari Komiti Belia Pelaksana St. Joseph Pogunon, Helvia Jaimol.
Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang komited menyokong aktiviti ini kerana ia memupuk rasa bangga terhadap budaya sendiri, serta menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti yang bermanfaat selaras dengan visi mengangkat budaya tradisi Sabah bukan setakat di Malaysia, tetapi juga di seluruh pelusuk dunia.
תגובות