top of page

PERANGKAAN: PRESTASI PASARAN BURUH LEBIH BAIK PADA SUKU KETIGA

  • nabalunews
  • Nov 19, 2020
  • 2 min read

19 NOV 2020


KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) berkata pasaran buruh dijangka menghadapi cabaran bagi memperoleh kembali momentumnya dengan peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 sejak September.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bagaimanapun berkata, kerajaan melalui tindakan proaktif menangani isu ini dengan memperkenalkan pakej rangsangan yang komprehensif dalam melindungi kumpulan yang terjejas, mengekal dan mewujudkan pekerjaan serta menyokong perusahaan kecil, sederhana dan mikro.

'’Justeru, pelanjutan Program Subsidi Upah sehingga Disember 2020 dijangka secara beransur-ansur dapat membantu pengoperasian semula firma dan pada masa sama, melindungi pekerja daripada kehilangan pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini bersempena penerbitan "Sorotan Pasaran Buruh, Suku Ketiga 2020'’ oleh Jabatan Perangkaan. Mohd Uzir berkata dari segi penawaran buruh, kadar pengangguran turun kepada 4.7 peratus pada suku ketiga selepas mencatatkan kadar yang tinggi iaitu 5.1 peratus pada suku kedua 2020.

“Setelah Malaysia memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sejak 10 Jun 2020, kebanyakan sektor ekonomi telah kembali beroperasi secara beransur-ansur dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard.

Sementara itu, penduduk bekerja dalam tempoh sama meningkat 1.4 peratus kepada 15.10 juta orang, sebahagian besarnya dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan, jelas beliau.


Laporan itu turut menyebut jumlah jawatan sektor swasta yang merangkumi jawatan diisi dan kekosongan bertambah sebanyak 88,000 pada suku ketiga 2020 dengan merekodkan 8.47 juta jawatan.

"Kekosongan jawatan naik sebanyak 9,800 pada suku ketiga kepada 179,000 dengan kadar kekosongan 2.1 peratus. Kadar kekosongan pada suku kedua hanya 2.0 peratus.

Selain itu, bilangan pewujudan jawatan juga meningkat sebanyak 7,300 berbanding suku sebelumnya kepada 21,000 jawatan, dengan lebih separuh pewujudan jawatan dalam kategori separuh mahir.

Mohd Uzir berkata laporan turut mendapati produktiviti buruh setiap jam bekerja meningkat ketara dengan kejatuhan mendadak jumlah jam bekerja pada suku kedua 2020. Peningkatan signifikan dalam ouput setiapr jam bekerja memberi isyarat bahawa individu bekerja keras dalam waktu perniagaan yang terhad bagi memastikan pengeluaran dan sasaran tercapai, tambah beliau. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page