Perarakan dengan keadaan tersebut tidak wajar: Menteri Hal Ehwal Agama
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Perarakan dengan keadaan tersebut tidak wajar: Menteri Hal Ehwal Agama



20 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr.Hj Mohd Hj.Mokhtar menyifatkan perarakan dengan keadaan tersebut seperti yang tular di media sosial adalah tidak wajar.


Sehubungan itu beliau menasihatkan umat Islam di negara ini agar tidak terlibat dalam perarakan yang boleh menimbulkan salah faham dan ketidakharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama.


Beliau berkata, ini kerana perarakan tersebut telah menimbulkan pelbagai persepsi dan juga kegelisaan masyarakat.


“Saya telah dimaklumkan tentang penganjuran sebuah program perhimpunan pemuda yang turut melibatkan perarakan menggunakan simbol keagamaan Islam.


“Pada hemat saya, tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan boleh memberikan gambaran yang tidak baik kepada agama Islam dan negara.


“Adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilal-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, kelmarin.


Mohd Na’Im berkata, semua pihak bertanggungjawab menonjolkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.


Oleh itu katanya, sebarang tindakan yang boleh mengundang kegelisahan awam perlu dielakkan.


“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berpandangan perkara ini perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan serta apa-apa tindakan yang berkaitan sekiranya penganjur telah menyalahi peraturan keselamatan negara,” katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page