Perasmian Pejabat Pentadbiran dan Dewan Terbuka SIB Tengkurus Dirasmikan
- nabalunews
- 1 day ago
- 1 min read

7 September 2025
KOTA BELUD : Majlis perasmian Pejabat Pentadbiran dan Dewan Terbuka Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Tengkurus telah berlangsung dengan penuh kesyukuran pada 6 September 2025. Upacara perasmian disempurnakan oleh Rev. Agong Sakai, Timbalan Presiden SIB Sabah yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada warga gereja atas usaha mereka menjayakan pembangunan ini.
Pengerusi Gereja SIB Tengkurus, Minsi Lambang dalam ucapannya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Rev. Agong Sakai atas kesudian merasmikan bangunan tersebut. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian yang merupakan antara penyumbang utama kepada pembangunan infrastruktur gereja tersebut.

Walaupun Datuk Ewon tidak dapat hadir ke majlis tersebut, beliau diwakili oleh pasukan dari Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian yang diketuai oleh Caryle Lajimin, Ketua Pegawai Pusat Khidmat, bersama Juin Kolod, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), serta beberapa staf lain. Kehadiran mereka memeriahkan lagi suasana majlis dan menjadi simbol sokongan berterusan pihak ADUN kepada komuniti setempat.

Turut dihargai ialah Pastor Jumairin dan keluarga atas bimbingan serta doa, barisan Ahli Majlis Gereja atas kerjasama padu, serta semua ahli jemaat termasuk Persekutuan Wira, Wanita, PMMR, PKK, dan pelayanan Rebana yang sentiasa memberikan komitmen dalam menjayakan majlis ini. Kehadiran dan sokongan semua pihak mencerminkan semangat kebersamaan dalam memartabatkan institusi gereja demi kemajuan rohani dan komuniti.
Comments