top of page
  • nabalunews

Perbincangan keselamatan dan rondaan bersama di Kampung Sim Sim


5 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung mengadakan satu sesi perbincangan keselamatan bersama pihak berkuasa dan pemimpin setempat di Kampung Sim-Sim yang juga dalam kawasan Tanjong Papat bagi meningkatkan lagi aspek keselamatan dan kesejahteraan komuniti di kawasan tersebut.


Frankie berkata kerjasama antara pihak berkuasa dan komuniti tempatan adalah kunci kepada kesejahteraan masyarakat.


"Kita juga komited untuk memastikan keselamatan dan keharmonian kampung terpelihara melalui kerjasama erat antara semua pihak," katanya.


Dalam pada itu, Frankie mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi ini khususnya Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek.


"Usaha seperti ini diharap dapat terus memperkukuhkan hubungan antara komuniti dan pihak keselamatan," katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.


Program itu disertai oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. 


Turut hadir, Ketua Kampung Sim Sim, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sim-Sim, pegawai-pegawai dari Pejabat ADUN Tanjong Papat dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjong Papat.


Perbincangan berkenaan turut memfokuskan kepada isu-isu keselamatan dan cabaran yang dihadapi oleh penduduk kampung di samping mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat. 


Selepas perbincangan, satu rondaan bersama telah dilakukan di sekitar kampung bagi meninjau keadaan semasa dan memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Comments


bottom of page