top of page

Percepat kelulusan peruntukkan pembinaan PPR di DUN Apas

  • nabalunews
  • Jan 17
  • 1 min read


 Nizam (tengah) bersama antara KIR yang menerima sumbangan, hari ini.
 Nizam (tengah) bersama antara KIR yang menerima sumbangan, hari ini.

17 January 2025 


Oleh: Wartawan Nabalu News


TAWAU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berharap kerajaan dapat mempercepatkan kelulusan peruntukkan bagi cadangan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas.


Menurutnya, cadangan pembinaan PPR 1, 000 unit itu sudah dikemukakan beliau selaku Wakil Rakyat kawasan bersama Majlis Perbandaran Tawau (MPT) kepada Kerajaan.


Katanya, kelulusan peruntukkan itu diperlukan untuk membolehkan projek berkenaan dapat dilaksanakan secepatnya, sekaligus membantu ke arah usaha mengurangkan penempatan setinggan.


Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada 75 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kg Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas, di sini, hari ini.


Mereka yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau, menerima sumbangan kelengkapan dapur, bahan mentah dan keperluan peribadi serta wang tunai. 


Turut hadir, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui dan Presiden MPT, Joseph Pang.


Menyentuh majlis itu, Nizam berharap sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban para mangsa terlibat musibah.


Dalam masa yang sama, Nizam menyeru badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan orang-perseorangan yang mempunyai kelebihan supaya turut serta menghulur bantuan kepada mereka.


“Mudah-mudahan dengan bantuan itu akan dapat memberi kelegaan kepada para mangsa yang terbeban akibat dilanda musibah,”katanya.


Kebakaran yang berlaku sekitar jam 7.30 pagi pada Ahad lepas menyebabkan 60 rumah atas air musnah sepenuhnya dan mengakibatkan keseluruhan 631 mangsa hilang tempat tinggal.

Yorumlar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page