top of page

Percubaan Pecah Rumah Siang Hari Gagal di Kuarters Pendidikan Kota Belud

  • nabalunews
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

29 Januari 2026


KOTA BELUD: Satu percubaan jenayah pecah rumah yang berlaku pada waktu siang hari telah berjaya digagalkan di Kuarters Pendidikan, Jalan Hospital di sini, tengahari tadi.


Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari, apabila tuan rumah yang pulang lebih awal mendapati tanda-tanda pencerobohan.


Menurut keterangan pemilik rumah, Conicious Oswald Makinjal, beliau terlihat sebuah beg mengandungi kabel elektrik di hadapan pintu pagar sebaik pulang ke kediamannya.

"Setelah memasuki kawasan rumah, saya mendapati pintu gril telah dibuka dan terdapat sebuah lagi beg berisi alat pemotong besi serta pelbagai peralatan lain yang disyaki untuk tujuan pecah rumah," jelasnya.


Difahamkan, suspek dipercayai telah melarikan diri dengan memanjat pagar rumah itu sebelum sempat melakukan sebarang kecurian.


Sementara itu, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud yang tiba di lokasi kejadian telah mengambil semua barang bukti bagi siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan pecah rumah atau menceroboh secara senyap dengan niat melakukan jenayah.

Dalam pada itu, pemeriksaan polis terhadap beg yang ditinggalkan mendapati sebuah dompet yang mengandungi kad pengenalan dan beberapa keping kad bank milik seorang individu yang masih dalam proses pengenalan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page