top of page

Perdana Menteri dijangka umum perkara penting esok - Loke

  • nabalunews
  • Jan 4
  • 1 min read

4 Januari 2026


MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting pada Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Januari dan Amanat Tahun 2026, esok.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pengumuman itu membabitkan isu kritikal berkaitan ekonomi, pendidikan serta reformasi institusi.


“Esok Isnin, Perdana Menteri akan panggil mesyuarat khas Jemaah Menteri dengan beberapa isu terdesak akan dibincangkan.


“Selepas itu, pada 11.30 pagi, Perdana Menteri akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu (2026) bersama-sama dengan warga Jabatan Perdana Menteri,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Melaka di sini hari ini.


Hadir sama Pengerusi DAP Melaka yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.


Beliau berkata perkara bakal diumumkan itu menunjukkan keseriusan Anwar dan pimpinan Kerajaan MADANI menangani isu serta masalah dihadapi rakyat ketika ini terutama dalam menangani iklim ekonomi mencabar.


Loke berkata amanat berkenaan juga akan menggariskan hala tuju utama negara dan kerajaan sempena tahun baharu ini. BERNAMA

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page