top of page

Perhebat Muzium Di Malaysia Dengan Paparan Sejarah, Warisan - Anwar

  • nabalunews
  • Nov 13, 2024
  • 1 min read


13 November 2024


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar muzium di Malaysia memperbanyakkan paparan sejarah serta warisan budaya negara untuk menonjolkan keindahan dan keunikan budaya Malaysia kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.


Dalam catatan di Facebook, Perdana Menteri berkongsi pengalaman beliau ketika melawat Grand Egyptian Museum di Giza, semalam yang memberikan peluang untuk mendalami kekayaan dan keunikan warisan budaya Mesir purba, yang memaparkan pencapaian tamadun yang luar biasa.


Perdana Menteri turut menekankan bahawa Malaysia boleh mengambil inspirasi daripada usaha negara-negara lain yang berjaya memelihara dan mempromosikan sejarah serta warisan mereka. Dengan memperkaya paparan muzium di negara ini, beliau percaya Malaysia mampu menjadi destinasi yang lebih menarik bagi pencinta sejarah dan budaya.


“Semalam sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Kaherah, saya dan delegasi Malaysia terima pelawaan Kerajaan Mesir untuk mengunjungi Grand Egyptian Museum di Giza.


“Saya dimaklumkan bahawa muzium ini baru dibuka dan merupakan yang terbesar di dunia, menempatkan lebih daripada 100,000 artifak bersejarah Mesir,” katanya dalam catatan itu.


Anwar berkata kunjungan bersama delegasi Malaysia itu diadakan di hujung lawatan rasmi empat hari ke Mesir atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page