PERINCIAN AKTIVITI SUKAN UNTUK FASA PEMBUKAAN SEMULA SUKAN DAN REKREASI DI SABAH
- Wartawan Nabalu News
- Nov 13, 2020
- 1 min read

13 NOV 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) mengumumkan perincian aktiviti dan sukan yang dibenarkan bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh menyebabkan pengiat sukan melanggar arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Menterinya Datuk Ellron Angin berkata, pengumuman perincian ini melibatkan pembahagian lima kategori sukan iaitu Sukan Individu/Rekreasi, Sukan Seni Mempertahankan Diri (Martial Art), Sukan Raket, Sukan Kemahiran dan terakhir Sukan Berpasukan.
“Sukan Individu/Rekreasi melibatkan aktiviti berjalan dan berlari anak (jogging), berbasikal, kembara belukar (hiking), memancing, golf, Sukan Elektronik (E-Sports), olahraga, angkat berat, snuker dan biliard, boling padang, tenpin boling, petanque, catur, karom, mendaki tembok (rock climbing), paragliding, sukan tarian (dance sports), latihan gimnasium, senamrobik kendiri, berlatih di lapang sasar golf (Golf Driving Range), sukan lasak (Extreme Sports) dan sukan permotoran.
“Khusus untuk sukan Golf, semua operator harus memastikan hanya satu orang pemain dibenarkan duduk dalam satu buggy sepanjang permainan. Penggunaan partisan atau pembahagi plastic adalah dilarang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Ellron berkata, untuk Sukan Seni Mempertahankan Diri (Martial Art), hanya disiplin Seni dibenarkan. Latihan untuk disiplin Tempur adalah dilarang sama sekali.
“Sukan-sukan yang terlibat ialah sukan pencak silat, karate, taekwondo, silambam, wushu, judo, shorinji kempo, muaythai dan akido,” katanya.
Beliau berkata, bagi Sukan Raket, hanya acara perseorangan yang dibenarkan. Sukan Raket yang terlibat ialah sukan badminton, ping pong, tenis, squash dan tenis ringan (soft tennis).
“Sukan kemahiran yang terlibat ialah memanah, lawan pedang, pelayaran, gimnastik, menembak serta kayak dan kanu,” katanya.















Comments