top of page

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS Perlu Dimuktamad – PM

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

25 September 2025


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) untuk segera memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang sedang dirundingkan.


Anwar berkata, perkara itu antara yang dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat daripada Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer dan delegasinya pagi tadi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan di ibu negara.


“Dalam pertemuan ini kami bertukar pandangan berkaitan hubungan strategik kedua-dua negara serta ASEAN, khususnya dari perspektif perdagangan.


“Saya tegaskan kepentingan perjanjian ini yang perjanjian itu bukan sahaja memberi manfaat kepada hubungan dua hala, malah akan membantu menentukan hala tuju dasar serta perancangan komuniti perniagaan kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di X.


Perdana Menteri berkata, Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang mengamalkan ekonomi terbuka sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua rakan dagang.


Hubungan ini, katanya akan dapat mendorong pertumbuhan ekonomi domestik yang mapan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page