top of page

PERKHIDMATAN BAS HENTI-HENTI DAN TEKSI KINI DIBENARKAN

  • nabalunews
  • Nov 10, 2020
  • 1 min read


10 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan kini memberikan sedikit kelonggaran kepada rakyat Sabah dengan membenarkan beberapa aktiviti untuk dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, melalui SOP PKPB bagi seluruh Sabah yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada hari ini, antara aktiviti yang dibenarkan ialah perkhidmatan bas henti-henti dalam daerah dan perkhidmatan teksi.

Bagaimanapun katanya, perkhidmatan bas express melibatkan rentas daerah masih tidak dibenarkan.

“Kes-kes kecemasan dan kemalangan yang memerlukan rawatan di hospital atau klinik berdekatan dibenarkan bergerak mengikut kapasiti kenderaan tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.

“Kad temujanji perubatan dibenarkan dengan menunjukkan surat atau kad temujanji. Kes pengurusan jenazah di luar daerah juga adalah dibenarkan dengan mendapatkan kebenaran daripada PDRM. Jumlah penumpang dalam kenderaan adalah bergantung kepada situasi kecemasan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page