top of page

Permohonan lot lima bazar Ramadan dibuka pada 18 dan 19 Februari ini

  • nabalunews
  • Feb 15
  • 1 min read

14 Februari 2025


KOTA KINABALU: Peniaga yang berminat untuk mendapatkan lot bazar Ramadan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) boleh membuat permohonan pada 18 hingga 19 Februari ini.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perlesenan DBKK, permohonan yang dibuka untuk lima kawasan bazar itu boleh dibuat menerusi pautan Borang E-Bazar.


Katanya, lima tapak lot bazar Ramadan di bawah seliaan DBKK ialah Lintasan Deasoka, Indah Permai, Sembulan, Tanjung Aru dan Padang Merdeka Kota Kinabalu.


“Pautan Borang E-Bazar akan dikongsikan menerusi Facebook Rasmi DBKK, pada 18 Februari 2025 bermula pukul 10 pagi.


“Tapak lot adalah terhad dan berdasarkan "First Come, First Serve Basis,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Menurut kenyataan itu, bagi memudahkan proses pengisian Borang E-Bazar, pemohon hendaklah menyediakan dokumen yang disahkan benar iaitu Salinan Sijil Kad Kesihatan yang masih sah, Sijil Kursus Pengendalian Makanan, Kad Pengenalan dan gambar produk jualan.


Katanya, kegagalan memuat naik dokumen-dokumen yang telah dinyatakan itu akan menyebabkan permohonan ditolak.


“Untuk pertanyaan lanjut, Bahagian Pengurusan Penjaja boleh dihubungi melalui talian 011-25198664, pada waktu pejabat, iaitu jam 8 pagi hingga jam 5 petang,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page