top of page

Persekutuan Wanita SIB Tinata dapat sumbangan

  • nabalunews
  • May 27
  • 1 min read

ree

27 Mei 2025


KOTA BELUD: Juin Kolod, Pegawai Kemajuan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, mewakili YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan kepada Persekutuan Wanita SIB Tinata, Kota Belud.


Majlis penyerahan sumbangan ini telah diadakan di Pejabat ADUN N11 Kadamaian dan bertujuan untuk menyokong penyertaan Persekutuan Wanita SIB Tinata ke Konferensi Wanita Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah. Puan Rossy Madir telah hadir sebagai wakil penerima bagi pihak persekutuan tersebut.


Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dan ADUN N11 Kadamaian dalam memperkasa wanita serta menggalakkan penglibatan mereka dalam program pembangunan masyarakat dan kerohanian.


Diharapkan dengan sokongan sebegini, Persekutuan Wanita SIB Tinata dapat mengukuhkan kerjasama serta memperluas peranan wanita dalam komuniti Sidang Injil Borneo di Sabah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page