top of page

Peruntukan RM10,000 naik taraf Sistem Air Tadahan Naragai Baru

  • nabalunews
  • 4 days ago
  • 1 min read

Oleh Kidd


KOTA BELUD, 17 Julai – Projek menaik taraf sistem air tadahan di Kampung Naragai Baru, Tuguson, yang dilaksanakan menerusi peruntukan berjumlah RM10,000 daripada Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, berjaya disiapkan sepenuhnya.


Projek itu melibatkan penggantian paip lama yang telah uzur dengan paip baharu bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan air tadahan.


Ia sekali gus memastikan bekalan air yang lebih lancar kepada penduduk yang bergantung kepada kemudahan tersebut untuk kegunaan harian.



Ketua Cawangan UPKO Naragai Baru, Jainuidin @ J. Jeeroe Loyes, berkata bantuan yang disalurkan mencerminkan keprihatinan Datuk Ewon terhadap keperluan asas masyarakat luar bandar, khususnya dalam memastikan penduduk menikmati kemudahan bekalan air yang lebih baik.



Menurut beliau, pelaksanaan projek itu memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Naragai Baru dan diharapkan usaha menaik taraf kemudahan asas seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Ewon atas kelulusan peruntukan tersebut yang membolehkan projek berkenaan direalisasikan demi kepentingan penduduk setempat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page