top of page

Peruntukan RM20 juta pengiktirafan kepada usahawan belia tani

nabalunews
Oct 11, 2025
2 min read

Arthur (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama usahawan belia dan beliawanis yang mengikuti seminar
Arthur (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama usahawan belia dan beliawanis yang mengikuti seminar

11 Oktober 2025


SOOK: Peruntukan sebanyak RM20 juta bagi Program Agreprenuer Muda Next-Gen yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2026 secara tidak langsung mencerminkan pengiktirafan Kerajaan Madani kepada golongan usahawan belia tani.


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, sejak dari tahun 2020 sehingga 2024, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memperuntukan sejumlah RM84 juta Geran Agreprenuer Muda yang memberi manfaat kepada seramai 4,217 penerima. 


Katanya, penglibatan belia dalam sektor pertanian, statistik menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 8 peratus melalui penyaluran Geran Agropreneur Muda iaitu dari 704 orang penerima pada tahun 2022 kepada 758 orang penerima pada tahun 2023. 


"Manakala tahun 2024 turut menunjukkan peningkatan 8% penerima geran iaitu jumlah tertinggi sepanjang Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) seramai 815 orang bersamaan dengan RM17.519 juta" jelasnya.


Pada masa sama beliau ucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas peruntukan sebanyak RM20 juta kepada Program Agreprenuer Muda Next-Gen dan dengan peningkatan peruntukan tersebut kami di KPKM mensasarkan lebih ramai golongan usahawan belia tani akan dapat dibantu tahun hadapan.


Arthur yang juga Ahli Parlimen berkata demikan di sesi Townhall bersempena Seminar Food Future Industri Asas Tani 2025 @ Sabah anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Sook pada Sabtu.


Program ini bertujuan untuk menghimpunkan usahawan daripada pelbagai segmen industri bagi mengenal pasti potensi, kekuatan serta keperluan mereka dalam usaha menembusi pasaran arus perdana, khususnya melalui kerjasama dengan pasaraya dan pengedar besar.


Jelas Arthur lagi, inisiatif ini akan dapat membantu usahawan memahami kehendak pasaran semasa dari aspek kualiti, pembungkusan, pensijilan dan keperluan logistik di samping menyediakan platform kepada mereka untuk memperluaskan saluran pemasaran ke pasaraya, kedai runcit moden dan e-dagang.


Seminar yang berlangsung selama 1 hari ini telah menghimpunkan seramai 400 orang usahawan belia dan beliawanis dari kawasan Pedalaman Sabah. 


“Ini menunjukkan satu tanda yang menggalakkan bahawa sektor pertanian dan industri agromakanan kita mempunyai masa hadapan yang sangat cerah lebih-lebih lagi dengan minat yang ditunjukkan oleh belia dan beliawanis di sini” katanya.



Turut Hadir, Setiausaha Bahagian Industri Makanan Asas Tani KPKM, Datuk Dr. Mohd Haniff Hassan; Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, Faisal Iswardi Ismail dan Pengarah FAMA Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan, Sarman Sidno.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page