Perwakilan cadang UPKO calonkan Ewon tanding kerusi Parlimen PRU-15Perwakilan cadang UPKO calonkan Ewon tanding kerusi Parlimen PRU-15
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Perwakilan cadang UPKO calonkan Ewon tanding kerusi Parlimen PRU-15



27 November 2021

Oleh Marryan Razan


PENAMPANG: Perwakilan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mencadangkan supaya Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.


Mereka berpendapat Ewon adalah calon muda yang berkaliber dan amat sesuai memikul tanggungjawab di peringkat nasional.


Daripada 12 kerusi ditandingi Upko pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang lalu, Ewon satu-satunya calon Upko yang berjaya memenangi kerusi DUN.


Perwakilan dari Tenom, Amil Bungkalan berkata, berdasarkan kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, beliau yakin Ewon antara calon berpotensi menang sekiranya dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen.


Amil Bungkalan

“Datuk Ewon berpotensi untuk meraih kemenangan cerah, pada pilihan raya umum akan datang saya berharap beliau dicalonkan seterusnya diberi kepercayaan memegang jawatan pada peringkat pusat.


“Secara keseluruhannya, secara peribadi saya amat menghormati beliau sebagai pemimpin muda Upko dan juga sebagai wakil rakyat,” katanya ketika ditemui Nabalu News semasa Persidangan Perwakilan Luar Biasa UPKO, di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, hari ini.


Sementara itu Julita Kandar, perwakilan wanita bahagian Kota Belud bersetuju supaya Ewon dicalonkan bertanding bagi kerusi Parlimen pada PRU akan datang.


“Saya harap Datuk Ewon terus mengekalkan kemenangannya kerana beliau adalah seorang pemimpin yang sangat baik dan mesra rakyat.


Julita Kandar

“Beliau seorang yang rendah hati, suka bergaul dengan orang kampung dan senang untuk didekati. Ini adalah antara sifat-sifat pemimpin yang boleh dicontohi oleh para pemimpin lain,” katanya.


Perwakilan dari Kota Marudu Norisa Mogintal berkata, Ewon seorang pemimpin berjiwa rakyat dan aktif turun padang bertemu rakyat khususnya di kawasan Kadamaian.


“Harapan saya agar Datuk Ewon terus menang pada PRU akan datang. Semasa beliau memegang jawatan sebagai menteri pembangunan luar bandar sebelum ini (Warisan Plus) beliau memenuhi sedaya upaya keperluan rakyat luar bandar termasuk di kawasan Kota Marudu.


“Contohnya, kawasan kami adalah blok pembangkang ketika itu, jadi Datuk Ewon mewakili kami… saya gembira kerana semua permohonan penduduk kampung ditunaikan. Sebab itu saya melihat beliau mempunyai masa depan yang cerah memegang jawatan di peringkat lebih tinggi,” katanya.


Norisa Mogintal

Norisa berkata, para pemimpin khususnya generasi muda Upko perlu mencontohi kepimpinan Ewon.


Ketua Generasi Muda (GEM) Keningau Mc Ryan Masuning berharap lebih ramai pemimpin-pemimpin muda diketengahkan pada pilihan raya akan datang.


“Harapan saya sebagai generasi muda, beliau (Ewon) dapat memberi kami tunjuk ajar dan aspirasi bagaimana untuk terus memperkuatkan semangat dan perjuangan kami dalam parti UPKO.


“Saya amat bangga kerana beliau (Ewon) setia terhadap parti. Kita boleh mencontohi kesetian dan perjuangannya untuk parti ini,” katanya.


Mc Ryan Masuning

Perwakilan wanita dari Penampang Chaw Pei See yakin Datuk Ewon dapat memikul tanggungjawab membawa isu-isu rakyat untuk diketengahkan di dewan undangan negeri.


“Secara peribadi saya juga berharap agar beliau peka untuk menuntut pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC),” katanya.


Perwakilan dari Kota Marudu, Matlunad Agok berpendapat, secara keseluruhannya untuk Upko, Datuk Ewon mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin nombor satu pada masa akan datang.


Matlunad Agok

“Datuk Ewon seorang pemimpin muda yang agresif, baik, bertanggungjawab dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi untuk memimpin UPKO pada masa hadapan. Harapan saya agar beliau terus mendapat sokongan ahli-ahli parti,” katanya.


Perwakilan dari Penampang Alvin Lee berharap UPKO akan bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang.


Alvin Lee

“Pada pilihan raya negeri yang lalu, hanya 12 kerusi diperuntukkan untuk UPKO dan daripada jumlah itu hanya satu calon iaitu Datuk Ewon yang menang.


“Sekarang Upko dalam gabungan Pakatan Harapan dan menjadi satu-satunya parti KDMR dalam gabungan itu untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah. Jadi kita harap UPKO akan bertanding lebih banyak kerusi.


“Parti ini masih releven dengan keadaan sekarang. Saya mempunyai harapan tinggi pada pilihan raya akan datang UPKO mampu memenangi lebih banyak kerusi,” katanya.

bottom of page