top of page

Pesakit cuba terjun bangunan hospital diselamatkan bomba

  • nabalunews
  • Aug 14, 2024
  • 1 min read

14 Ogos 2024


SANDAKAN: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang pesakit yang cuba terjun dari tingkat satu bangunan Hospital Duchess Of kent (HDOK), di sini, hari ini.


Lelaki berusia 33 tahun itu berjaya diselamatkan selepas lebih dua jam pihak hospital dan bomba memujuknya untuk menyerah diri.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.56 petang.


Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.


“Sebaik tiba di lokasi, didapati lelaki cuba terjun bangunan di tingkat satu bangunan HDOK.


“Pasukan penyelamat kemudian memujuk lelaki terbabit dan berjaya menangkapnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, lelaki itu cedera ringan di bahagian bahu kiri dan diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).


“Seterusnya lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 5.26 petang,” katanya.


Operasi menyelamat turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page