Pesawah kemuka permohonan saliran air pulihkan kawasan sawah padi terbiar
- nabalunews
- Sep 27, 2024
- 1 min read

27 September 2024
KOTA BELUD: 16 pesawah di sini mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kota Belud bagi membina saliran air ke kawasan sawah padi di Ulu Kadamaian yang melibatkan sawah di Kampung Lobong-Lobong dan Kampung Gahui.
Menurut pesawah terbabit, banjir besar yang melanda sebelum ini kira-kira sedekad lalu menyebabkan sawah padi ini telah terbiar selama 9 tahun.
Tinjauan di kawasan ini telah dijalankan semalam oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lobong-Lobong, Saudin Solinu untuk menilai keperluan serta kos pembinaan sistem saliran air.
Tinjauan Saudin mendapati bahawa kos pembinaan saliran air adalah agak tinggi, dan ini menjadi cabaran utama dalam usaha pemulihan kawasan sawah padi yang terjejas.
Comentarios