top of page

Peserta Unduk Ngadau Tongod gayakan baju warisan Minokok Tompizos berusia lebih 100 tahun

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read


28 Mei 2025


KOTA KINABALU: Nampak lusuh, namun baju dikenali sebagai Morindon Naa'Vol yang dipakai salah seorang peserta Unduk Ngadau tahun ini, Winddy Pearl Gibson menyimpan sejarah kerana sudah berusia lebih 100 tahun.


Winddy, 21, berasal dari Tongod mewakili daerah itu bakal berentap dengan 51 peserta lain dari seluruh Sabah pada 31 Mei ini.


Baju berkenaan merupakan hasil tenunan halus menggunakan benang putih yang diwarnakan dengan daun 'taum' dan dihiasi 'giring', 'tipai' dan 'ramboi.


Baju itu yang berwarna serba hitam adalah simbol seni warisan bagi kaum Minokok Tompizos yang sudah wujud lebih seabad.


Etnik Minokok Tompizos adalah salah satu daripada sub etnik Dusun yang sebahagian besar mendiami kawasan Tongod dan Keningau.


Winddy yang bakal menggayakan busana tradisi itu adalah penuntut tahun pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page