top of page

Pesta Kaamatan Diadakan Di Kampung Koduko

  • nabalunews
  • May 13
  • 1 min read


13 Mei 2025


KOTA BELUD: Pegawai Kemajuan Masyarakat, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Juin Kolod, telah merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Koduko 2025 bagi pihak Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian.


Acara ini diadakan dengan meriah di Pantai Koduko, Mukim Kelawat, Kota Belud.


Majlis tersebut bertujuan untuk memastikan kelangsungan budaya suku kaum Dusun, yang merupakan salah satu warisan penting negeri Sabah.



Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, dan agama, serta memupuk semangat kerjasama dalam meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat.


Samion @Simon Lungan, Pengerusi Pelaksana Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Koduko, dalam ucapannya menyatakan harapan agar sambutan ini dapat mempromosikan Kampung Koduko sebagai destinasi ekopelancongan baharu, terutamanya di daerah Kota Belud dan Sabah secara amnya.


Sambutan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelancong terhadap keindahan alam semula jadi serta budaya yang terdapat di kampung tersebut.



Dengan pelbagai acara tradisional yang diadakan, Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Koduko 2025 berjaya menarik perhatian ramai dan memberikan impak positif dalam memelihara warisan serta memperkenalkan kemajuan kampung di daerah ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page