top of page
  • Wartawan Nabalu News

PETANI DARI KG.SUMINDALOM GEMBIRA DAPAT RUMAH BAHARU ATAS USAHA EWON



22 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


TENOM: Seorang petani dari Kampung Sumindalom Kemabong Tenom tidak menyangka kehadiran mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedck dua tahun lalu membawa ‘rezeki’ kepada keluarganya.


Pada tahun 2019, semasa lawatan kerja ke Kemabong Ewon menemui keluarga Kabing Lintong yang tergolong dalam e-kasih dan melihat sendiri keadaan rumah keluarga berkenaan yang amat memerlukan kediaman selesa untuk keluarga itu.




Sehubungan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian itu meluluskan permohonan rumah PPRT untuk keluarga Kabing.


“Aman kirim salam Datuk Ewon am siap sudah rumah kami,” kata Kabing melalui kiriman Whatsapp kepada salah seorang ahli Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tenom.




Kabing berterima kasih kepada Ewon atas usaha membantu keluarganya mendapatkan sebuah rumah PPRT di Kampung Sumindalom Kemabong.


Rumah PPRT itu sudah siap sepenuhnya dan keluarga berkenaan juga sudah bersedia untuk berpindah ke rumah baru mereka.


Semoga mereka yang layak mendapat rumah PPRT terus dibantu oleh kerajaan hari ini.



Comments


bottom of page