top of page

Petisyen gesa wakil rakyat, MP luluskan cadangan larangan merokok bagi generasi muda

Wartawan Nabalu News

3 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Malaysian Green Lung Association Malaysia bersama 64 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan satu petisyen menggesa semua wakil rakyat dan ahli parlimen bersatu hati meluluskan cadangan Generational Endgame (GEG) dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bagi melarang generasi muda m merokok.


Setakat hari ini, petisyen itu telah meraih lebih 225,000 tandangan orang awam yang kebanyakkan mahukan negara ini bebas daripada ‘asap rokok’. Petisyen itu dilancarkan melalui website www.change.org.


“Wakil Rakyat kita telah terlepas peluang ‘dua kali’ dalam sejarah untuk mengharamkan rokok dan vape. Adakah mereka akan melakukan kesilapan untuk kali ketiga? Dengarlah luahan hati dan kehendak majoriti rakyat Malaysia,” kata petisyen itu.


Pada awal tahun ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin mencadangkan peruntukan Generasi Penamat atau Generational Endgame (GEG) dalam RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.


GEG yang berteraskan semangat untuk melahirkan generasi sihat tanpa rokok akan menyekat generasi muda yang lahir pada 2007 dan seterusnya daripada membeli dan menghisap rokok atau vape dengan harapan merealisasikan hasrat Malaysia membendung masalah ketagihan nikotin.


Menurut petisyen itu, terdapat hampir lima juta perokok di negara ini dimana lebih 500 orang meninggal dunia setiap minggu akibat merokok (27000+ setahun).


“Pada tahun 2016, bilangan pengguna vape sudah mencapai 600,000 orang. Tapi, kerajaan pada masa itu telah memilih untuk tidak mengharamkan vape sakali gus. Hari ini, pengguna vape berganda dua kali ganda, mencecah 1.2 juta orang.


“Kes penyakit EVALI (kecederaan peparu akibat penggunaan e-rokok dan vape) mulai timbul dan semakin bertambah.


“Jumlah murid dan pelajar menghisap vape semakin meningkat. Kanak-kanak sekecil umur lapan tahun beli vape daripada media sosial dan e-commerce.


“Ada pelajar menjadi egen, jual kepada rakan-rakan dan tawarkan bayaran ansuran. Pengaruh budaya vape telah meracuni kampus sekolah. Murid-murid dan pelajar-pelajar telah menjadi "target".


“Adakah ini generasi muda yang kita mahu? kata petisyen itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page