top of page

PGA Rampas 570 Cengkerang Penyu

  • nabalunews
  • Nov 16, 2025
  • 1 min read

16 November 2025


SEMPORNA: Operasi yang dilancarkan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, semalam, berjaya merampas sebanyak 570 keping cengkerang penyu.


Serbuan terhadap sebuah premis itu dijalankan susulan risikan rapi melibatkan kegiatan penjualan serta penyeludupan barangan hidupan liar yang dilindungi.


Menurut kenyataan media PGA Sabah, Op Bersepadu Khazanah itu digerakkan hasil maklumat Pasukan Risik/Task Force Batalion 22 PGA Kunak.

Katanya, semasa serbuan, dua individu berada di dalam premis berkenaan dan pemeriksaan mendapati lokasi tersebut dijadikan tempat penyimpanan barangan mencurigakan.


“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pasukan operasi dibawa ke satu bahagian dalam premis itu untuk pemeriksaan lanjut.


“Hasil pemeriksaan menemukan sebuah kotak berwarna coklat bertulis ‘Happy Boom Glow Of Sunset’ mengandungi 570 keping sisik atau cengkerang penyu pelbagai saiz dengan anggaran berat 17.8 kilogram,” katanya.


Menurutnya, rampasan yang dianggarkan bernilai RM14,240 itu dipercayai diperoleh melalui aktiviti penangkapan atau penyeludupan hidupan liar yang dilindungi.


Katanya, kedua-dua individu terbabit terus ditahan untuk membantu siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah bagi tindakan lanjut.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997, manakala salah seorang suspek turut dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya


Sehubungan itu, PGA Sabah menegaskan operasi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Batalion 22 PGA bersama agensi penguatkuasaan lain dalam memperkukuh risikan dan pemantauan terhadap aktiviti penyeludupan hidupan liar yang semakin berleluasa.


“Langkah tegas ini penting bagi memastikan biodiversiti negeri terus terpelihara serta mencegah mana-mana premis daripada menjadi pusat kegiatan jenayah hidupan liar,” tegasnya.


 
 
 

2 Comments


sughra noor
sughra noor
Dec 16, 2025

it’s eye-opening to see the level of effort the authorities put into protecting endangered wildlife. The details of the operation were thorough and highlighted the importance of vigilance in preserving biodiversity. I recently read a similar conservation-focused discussion on a review blog samedaydiplomas, which offered an interesting complementary perspective on enforcement and awareness.

Edited
Like

Fara Pioky
Fara Pioky
Dec 13, 2025

I love how immersive GeoGuessr feels. Learning how to play made me appreciate how diverse the world is, from snowy villages in Finland to deserts in Chile. Each round feels like a journey.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page