top of page

PGA Rampas Makanan Sejuk Beku dan ayam Sabung Bernilai RM21.7 Juta

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read

ree

5 November 2025


KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan ayam beku dan ayam sabung dalam Operasi Bersepadu, Op Chiller dan Op Manuk yang dijalankan serentak di seluruh negeri, semalam.


Operasi selama tiga jam yang bermula jam 9 pagi itu dilaksanakan di 15 lokasi berasingan melibatkan lapan daerah iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Sandakan, Beluran, Keningau, Lahad Datu dan Semporna.


Komander PGA Briged Sabah, Senior Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, operasi yang bertindak atas maklumat risikan itu turut berjaya menahan 24 individu.


Katanya, semua suspek berusia lingkungan 18 hingga 61 tahun itu melibatkan 17 lelaki dan tujuh wanita tempatan.


“Selain tangkapan, operasi turut membawa kepada rampasan barangan bernilai kira-kira RM21.76 juta (RM21,762,277.70) termasuk ayam beku, peralatan penyimpanan serta barangan berkaitan aktiviti penyeludupan.


“Semua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada agensi-agensi berkaitan untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabat PGA Sabah, Kinarut, hari ini.


Nor Omar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1) dan Seksyen 21(1)(i) Enakmen Haiwan 2015, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 (Akta 281), Ordinan Perlesenan Perdagangan 1948, Undang-Undang Kecil 1981 dan Peraturan 38(1)(c) di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.


Sehubungan itu, Nor Omar berkata, pihak polis khususnya PGA Briged Sabah PGA akan terus komited dan konsisten dalam membanteras sebarang bentuk aktiviti penyeludupan di negeri ini.


Katanya, kegiatan berkenaan bukan sahaja menjejaskan ekonomi tetapi juga boleh mengancam keselamatan dan kesihatan awam.


“Orang ramai disarankan supaya menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyeludupan kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras kegiatan haram berkenaan,” katanya.


Sementara itu, Nor Omar berkata, operasi bersepadu berkenaan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Veterinar Sabah (JPVS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page