PH gesa SPRM siasat sebab projek saluran paip Sabah dihidupkan semulaPH gesa SPRM siasat sebab projek saluran paip Sabah dihidupkan semula
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

PH gesa SPRM siasat sebab projek saluran paip Sabah dihidupkan semula


23 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Majlis President Pakatan Harapan (PH) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sepenuhnya apa sebab projek Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) dan Multi-Product Pipeline (MPP) dihidupkan semula.


Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis itu berkata bayaran telah dibuat ke atas kedua-dua projek TSGP dan MPP yang diluluskan zaman Barisan Nasional (BN) sebanyak 88 peratus daripada nilai pembinaan atau RM8.3 bilion, walaupun kemajuan kerja yang belum diaudit hanya 13 peratus setakat Mei 2018.


Nila pembinaan keseluruhan TSGP dan MPP ialah RM9.4 bilion tanpa mengambilkira kos tambahan pelbagai pengurusan pakar dan pengambilan tanah sebanyak RM1.7 bilion.


“Oleh it, SPRM wajib menyiasat sepenuhnya mengapa projek TSP dan MPP yang telah gagal ini dimulakan semula pada 10 Februari 2021 oleh Perikatan Nasional di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin.


“Kami turut menggesa SPRM untuk melipat gandakan usaha menyiasat isu Pandora Papers yang telah menamakan sejumlah tokoh korporat dan ahli politik yang didakwa memiliki akaun-akaun luar pesisir (off-shore accounts), dan sama ada duit yang disimpan di dalam akaun-akaun ini berasal dari sumber yang sah atau dari kegiatan-kegiatan yang melanggar undang-undang,” kata Majlis itu.


Kenyataan itu ditandatangani oleh Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, dan Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.


Majlis itu turut menzahirkan mendukacitakan jika SPRM tiada keupayaan memperoleh maklumat khusus dan perlubertanyakan Ketua Pembangkang tentang Pandora Papers sungguhpun beliau tidak memiliki sumber-sumber seperti yang dipunyai SPRM dan juga tiada kepakaran siasatan khas berkait isu ini.


Pada tahun 2016, di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan, diberi mandat untuk melaksanakan projek MPP dan TSGP.


Projek-projek itu, dengan jumlah kos pembinaan sebanyak RM9.4 bilion, diberikan kepada Biro Saluran Petroleum China pada 1 November 2016.

bottom of page